JellyPages.com

Friday 27 May 2011

Happy Besday Adik Aishah


Order dari siti bkt jalil untuk besday adiknya, Aishah. Adik aishah minat sangat ngan hrithik roshan. 
So, siti mintak ju combinekan gambar adik aishah ngan hrithik roshan. gambar ni husband jue yang edit. TQ laling...

Harap adik aishah suka ngan design ni ye. Thanks order.






Wednesday 25 May 2011

Selamat Pengantin Baru Anis & Pasangan

Firstly, Selamat Pengantin Baru untuk Anis & Pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan hujung minggu ni. Semoga perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat.

Anis order 200pcs lolichoc kat jue untuj door gift sempena majlis nya nanti.  

Thanks Anis...





Sudah siap semua order2 choc

Door gift Akikah untuk baby Rahme & Hafizul


Order from Rahme & Hafizul untuk akikah baby yang bakal lahir June nanti.
 Order choc praline 80 kotak untuk 4pcs & 10pcs oreo choc with edible image. 

Thanks Rahme & Hafizul.










Akikah Muhammad Zubair Amsyar

Salam dan selamat pagi... Arini jue nak update order2 yang jue da siapkan untuk minggu ni. Minggu ni banyak sangat order nak kena siapkan. Dan ada order yang jue terpaksa tolak sebab memang tak menang tangan nak buat. Sorry ye. Jue part time je. So, masa sangat la terhad. Ni pun nasib baik ada assistant yang tolong. (Husband & adik (Elly). TQ... Upah keje nanti ye... :)

Jue sampai demam2 dalam nak meyiapkan order2 ni. Last2 adik ngan husband yang tolong menyiapkan. He3... Sampai pening2 n muntah (cam simpton org mengandung lak. Tapi tak pun...)

Order yang kat bawah ni dari Izreen. Lolichic 150pcs untuk akikah anak dia minggu ni. 
Thanks Bro... Temanya biru n putih.




Saturday 21 May 2011

Apam barney


Order kali ni, jue buat tema barney. Kale hijau purple gitu.
 Terpengaruh ngan cite isyam la ni...


Tema selangor


Kali ni order dari linda sempena 2nd anniversary. Tema yang diminta adalah warna selangor sebab husband dia minat sangat ngan pasukan selangor. 

Setelah discuss, jadi ini la hasilnya. Harap2 suke ye.

TQ...





Friday 20 May 2011

Order from Farah Nash


 Pagi2 ni dah bangun nak siapkan order apam polka dot @ apam dynomite from my cousin, Anas... 
 Teringat dulu2 masa zaman study suka betul main game dynomite. kale dia sebiji cam apam ni. comel je...




Wednesday 18 May 2011

Sesame streets, the roses dan Aida & Adli

After kukus polka dot semalam, jue continue deko cup cake lak. Dibantu oleh aida aka bedot yang bersemangat nak deko khas untuk pakwe dia, Adli. 

Biasala... orang tengah hangat bercinta kan. Nak bagi hasil kerja kat buah hati. Nasib baik kakak dia ni baik & rajin  melayan (puji diri sendiri jap). he3...



Hasil tangan bedot... (tolg letak jelly je.)

apam polka dot pulak

Semalam jue saje2 je buat apam polka dot untuk minum petang. Da jadi trend lak sekarang wat apam dot2 ni. So, mencuba la gak sebab nak rasmikan pengukus yang da beli tapi tak guna2 lagi...

Ada jugak beberapa orang yang tanya berapa harga kalau nak jual. Tadi baru decide harga sebab xde plan nak jual pun mula2. Buat suke2 je.Since dah ada yang bertanya, so jue jual 40pcs = RM10 sahaja.

Dalam ni ada strawberry filling tau! Nak rasa lain pun bole macam blueberry ke, orange ke...

Jadi, inilah hasilnya
.
.
.
.
.

sampai juling2 biji mata nak buat peace...

untuk minum petang

Bawa pi ofis sikit



Order from Izwah

Sempena hari guru ni, jue ada dapat order from ofismate, iwah... 
Thanks iwa. kek ni tema strawberry. Dalam kek ni pun ada filling strawberry gak.



Sunday 15 May 2011

Kek lagi...

Today nak update lagi kek2 yang available. Antara kek2 yang dah boleh order kat jue:

  • Tiramisu
  • Blueberry/Strawberry Mousse Cake
  • Banana Mousse Cake
  • Red Velvet
  • Black Forest
  • Oreo/Strawberry/Blueberry Chilled Cheese Cake

Oreo Chilled Cheese Cake with Topping Blueberry

Black Forest

Red Velvet

Tiramisu



Saturday 14 May 2011

Strawberry muffin


Dalam cuaca sejuk dan baru je lepas hujan ni terasa lapar la plak. sedap kalau dapat makan kudapan panas2 ni... Tetibe en suami ni request suh buat muffin. Nak tak nak, pi la peti ais sat tengok apa yg ada. Strawberry filling ada lagi balance buat cake aritu. So, okla. cukup je la letak kat atas muffin ni.

Si kecik (Isyam) asyik ulang alik tengok oven. Then, dia sebut Muffin Man!!! Muffin Man!!!. Ni gara2 terpengaruh ngan lagu2 dia kat cd la tu... Bila da siap, menggelabah je nak makan sampai tak sempat2 nak pakai baju. 


Jadi, ini la hasilnya... Strawberry Muffin yang gebu.




Friday 13 May 2011

Edible Image Template

Salam semua....

Semalam jue belajar la edit2 photo kat adobe photoshop. Try edit pic untuk letak kat atas cake isyam next month.  Baru first time buat. So, takde la kemas sangat. 

Next, kalau ada sesiapa nak order/request untuk letak edible image kat atas cup cake/cake, bole la jue edit sendiri. Boleh letak pic sendri or nak combine ngan any cartoon, wallpaper, etc... Dapatla murah sikit. Kalau hantar kedai, mahal gak la nak edit2 pic tu.







Tuesday 10 May 2011

Kek Besday

Order dari faku untuk isteri yang bakal menyambut besday 12 May ni. 
Thanks order kek dari jue. 


Monday 9 May 2011

Tema pink putih


Kali ni jue buat tema pink & putih plak. 
Since esok cuti, so bole la siapkan kek ni walaupun da lewat pagi. 

Thursday 5 May 2011

Blueberry Muffin untuk kawan2...


Malam ni tetibe je nak buat blueberry muffin... Since takde benda nak buat malam ni, so buatla something yang best! Baking!!!!

Macam tak percaya je. Dulu2 tak minat nak baking2, tapi sekarang asyik nak bako je. (Kita Bako je!!! he3). Resepi n barang2 semua dah ada. tinggal buat jer. Esok last day training, ingat nak buat buah tangan untuk kawan2 baru.

Ni la antara pic yang sempat diambil ketika dan selepas proses membako...

Kalau nak order, sila inform ye. harga jue update nanti.






Wednesday 4 May 2011

Buah tangan untuk elly & order utk 15pcs



Esok elly (my adik bongsu) nak balik kg. so, saje je nak bagi buah tangan bawa blik kg nanti. Lepas je sampai rumah terus panaskan oven dulu. Pastu siap2 bakar choc cup cake & sambil2 tu buat buttercream sekali. pkl 8 sambung deco cup cake lak. kena cepat sikit sebab malam ni nak pi antar dia pi sh alam (rumah bedot... adik tak berapa bongsu sangat. he3) sebab esok elly balik dr sh alam-batu paht. 

Pkl 12am baru siap2 kemas, basuh segala peralatan kat dapur yang berselerak tu. Then, update fb & blog. sempat lagi tu. esok takut xsempat lak sebab de kursus 3 hari (start arini sampai jumaat).




Yang ni order untuk cousin kat danau kota, setapak. Nak buat makan2 je. Sorry la Ayu... Rupa cup cake ni tak berapa nak cantik sangat. :)

Dua2 cup cake ni saiz "S". 2 kali lagi comel dari saiz sebelum ni (Saiz M)