JellyPages.com

Monday, 27 June 2011

Resepi Apam Polka Dot

Salam & Good morning...

Lately ramai yang tanye jue resepi apam ni. Jue pun galakkan kalau sesiapa yang berminat nak buat sendiri or nak buat bisnes sampingan. Sebelum ni jue dah bagi tips2 untuk buat apam. So, boleh refer kat post sebelum ni ye or click at Tips Apam 





Resepi Apam

1) 275g tepung gandum
2) 3 sudu teh baking powder
3) 150ml susu segar (yang ni kena guna measuring cup ye supaya accurate)
4) 1 sudu teh ovallete
5) 220g gula pasir
6) 3 biji telur
7) Filling (Strawberry/blueberry/orange) - terpulang nak guna perasa apa.
8) Pewarna ikut suka

Cara2.

1) Campurkan tepung gandum & baking powder. Ayak dan ketepikan

2) Masukkan telur, ovallete & gula dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga bertukar warna putih gebu. (Biasa jue gune speed 3 dari 5)

3) Masukkan (tepung yang dah dicampur ngan baking powder) dan selang selikan dengan susu segar sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga tepung dan susu segar habis.

4) Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan adunan ikut suka.

5) Masukkan semua adunan yang telah diwarnakan dalam piping bag (Jue masukkan adunan yang dalam piping beg untuk buat dot2 je. Yang lain jue guna manual pakai sudu.

6) Masukkan adunan separuh paper cup. (Pastikan paper cup dimasukkan dalam bekas lompang ye supaya apam jadi bentuk bulat yang comel)

7) Masukkan sedikit filling di tengah2.

8) Masukkan adunan 3/4 penuh

9) Dot2 kan apam

10) Kukus selama 15min ye.

11) Ready untuk dimakan

LANGKAH2 PENYEDIAAN APAM. click HERE

 Thanks...

Jue nak update skit gambar ovallete & contoh filling yang dijual kat bakery. maybe ramai yang tak pernah jumpe & tau rasanya.


Strawberry filling

ovalette or emulsifier





Coklat cake again...






Apam tema purple + putih


Order from Siti (Batu Gajah, Perak). Apam semua gebu2... Nyum2



Close up


Thursday, 23 June 2011

Kek coklat



Order from Kak Ida. Yang ni untuk makan2 je.

Bisnes kecil2an kini sudah didaftarkan di SSM...


Salam...

TQ to my sis yang sudah mendaftarkan perniagaan ini di SSM arini. Now, ada cawangan di Batu Pahat untuk produk chocolate yang dikendalikan oleh adik jue, Ella... Nama syarikat kami "MULTI BIZ FOOD ENTERPRISE". No pendaftaran perniagaan: jm0599438-t.

Adik jue ada jual gak kerepek siput pedas/ tak pedas. Nanti jue upload pic ye. Actually, bisnes kerepek ni dah lama dah buat since kami sekolah2 lagi. Jue memang tak reti buat. Kalau adik jue, Ella or Liza memang terror la. 

Kami adik beradik memang dari dulu suka buat bisnes. Jue selalu dok belakang tabir je. Kalau adik2 memang suka enter frame la. Lagi2 bab jual2 ni. Mungkin sebab diaorang ni background bisnes. Semangat dia lain sikit compare ngan jue. kalau kat kampung dulu, pantang ada pesta ke or apa2 function, mesti diaorang join. Jual nasi ayam la... Pastu time cuti sekolah jual abc kat depan rumah la. Kat sekolah menengah jual kerepek siput. Sampai ada adik jue tu orang panggil julie siput.  

Jue ingat lagi  masa darjah 3, jue jual nasi lemak. Masa tu dok ngan atok nenek. Lame gak dok ngan atok n nenek since 5 tahun sampai form 1. Form 2 baru dok ngan mak ayah. Sekarang atok n nenek dah takde. Al-fatihah... Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Berbalik ngan cite mula2 terlibat ngan bisnes ni dari jual nasi lemak lagi. Setiap hari, mesti jue bawa nasi lemak/bihun dalam 30bungkus. Masa tu 30sen je. laku tu. Tak pernah tak abis kalau jual. maybe air tangan orang tua yang masak kot. Tu yg sedap tu. Tambah lak ngan dibungkus ngan daun pisang. Memang wangi... 

Sekarang ni tinggal kenangan jela. Ilmu wat nasi lemak yg sedap tu pun tak sempat belajar. he3... setakat makan sendiri untuk family boleh la. 

Jue harap perniagaan kecil2an ni akan jadi besar satu hari nanti. Banyak lagi plan yang bermain kat kepala ni... Bila da buat, jue publish la kat post ye..

Bye...

Friday, 17 June 2011

3D Car for Daniel

Order dari opismate husband jue. Besday untuk anak dia, Daniel yang ke-3. 
Tapi xsure la jadi ke tak evo ni. Anyway, Thanks for order.






* (This is standard design). Others design, additional charge will be applied.

Thursday, 16 June 2011

Tips Apam Polka Dot Jadi Cantik & Gebu....


Salam & Selamat pagi semua...

Pagi ni jue nak kongsi beberapa tips or rahsia tersembunyi supaya apam polka dot jadi cantik & gebu. 
Tips ni jue dapat dari pengalaman bila dah banyak kali buat. Kadang2 ada gak apam jue yg tak menjadi, dari situla baru tau banyak rupanya pantang larang buat apam ni. Ni antaranya:
.
.
.
.
.
.
.

1) Kena pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. Masa kukus, gunakan api yang sederhana.

2) Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.

3) Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia.

4) Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. . Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag. 

5) Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde

6) Satu lagi, kukus setingkat2 tau. Waktu kukusan mesti jangan kurang 15 min (walaupun jumlah apam tu kecil). Nanti apam tak betul2 masak.

7) Bekas untuk menyokong apam (bekas lompang) tu kalau nak guna kali ke-2 , make sure kena sejukkan dulu.  kalau guna masa bekas tu panas, apam jadi tak naik.


8) Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.


 Tu je tips yang jue nak share arini. Semua tu hasil dari troubleshooting buat apam. Bukan kerja je ada troubleshooting, wat apam pun ada... Bila engineer dah jadi baker, camnila jadinya...




Saturday, 11 June 2011

Barbie Doll Cake

Kek untuk sepupu syam, Husna. Barbie doll yang comel... Yang ni buat paling simple je





3D Car Cake


Siap sudah kek kereta Myvi Syam. Tengahari nanti nak celebrate besday syam ngan sepupu syam sekali., Husna...

Sampai pkl 4pg baru tido nak siapkan kek ni

pandangan depan

pandangan sisi

pandangan belakang



2nd besday cake isyam

Tengah mlam tadi baru sampai kg, dalam pkl 3pg gak la. Sepanjang jalan tu rasa seram sejuk je. Rupa2nya demam menyerang lagi. Aritu baru je kena. Dalam pening2 kepala sempat gak deko kek isyam untuk malam ni. Kali ni nak celebrate ngan auntie2 yg de kat batu pahat lak. Bape banyak versi nak celebrate pun x tau da... Disebabkan badan tak berapa nak sedap, so buat yang paling ringkas jela. Kebetulan ada coklat kete husband belikn utk isyam pagi tadi. So, ibu mintak sikitla syam ye... nak letak atas kek.






Thursday, 9 June 2011