JellyPages.com
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, 10 August 2011

Penyediaan buat apam


Morning... arini jue ni nak share cara2 penyediaan apam sebelum di kukus. So, happy viewing...

Resepi apam jue ada bagi sebelum ni. KLIK HERE
Tips2 pun jue ada bagi gak. KLIK HERE

Selepas adunan siap di  mix, sediakan bekas lompang dan paper cup seperti pic bawah ni. Bekas kukusan jue ni biasa bole buat dalam 40pcs apam. untuk satu adunan, selalu dapat dua kali kukus.


sudukan adunan separuh paper cup.


Masukkan filling dalam paper cup. kat bawah ni jue guna filling kiwi, strawberry & blueberry.


Penuhkan paper cup seperti pic bawah ni.


dot2 kan apam macam yang jue buat ni ye. Buat sampai habis. Kemudian, kukus selama 15min.


Sekian. Selamat mencuba...




Thursday, 16 June 2011

Tips Apam Polka Dot Jadi Cantik & Gebu....


Salam & Selamat pagi semua...

Pagi ni jue nak kongsi beberapa tips or rahsia tersembunyi supaya apam polka dot jadi cantik & gebu. 
Tips ni jue dapat dari pengalaman bila dah banyak kali buat. Kadang2 ada gak apam jue yg tak menjadi, dari situla baru tau banyak rupanya pantang larang buat apam ni. Ni antaranya:
.
.
.
.
.
.
.

1) Kena pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. Masa kukus, gunakan api yang sederhana.

2) Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.

3) Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia.

4) Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. . Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag. 

5) Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde

6) Satu lagi, kukus setingkat2 tau. Waktu kukusan mesti jangan kurang 15 min (walaupun jumlah apam tu kecil). Nanti apam tak betul2 masak.

7) Bekas untuk menyokong apam (bekas lompang) tu kalau nak guna kali ke-2 , make sure kena sejukkan dulu.  kalau guna masa bekas tu panas, apam jadi tak naik.


8) Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.


 Tu je tips yang jue nak share arini. Semua tu hasil dari troubleshooting buat apam. Bukan kerja je ada troubleshooting, wat apam pun ada... Bila engineer dah jadi baker, camnila jadinya...




Thursday, 21 April 2011

Tips packing coklat & cara track item yang di pos


Salam & Good Morning...

Arini jue nak  share sikit langkah2 keselamatan untuk coklat2 yang nak di pos bagi mengelakkan coklat beralih dari tempat asalnya. Jue dah ambil langkah2 yg paling the best untuk memastikan coklat tersebut akan sampai dalam keadaan yang baik bila sampai ke customer nanti. Sebarang kerosakan atau kehilangan semasa proses penghantaran adalah diluar tanggungjawab jue

LANGKAH PERTAMA
LANGKAH KEDUA

LANGKAH TERAKHIR

READY UNTUK DI POS


Customer juga boleh track setiap item yang dihantar dengan cara:

1) Masuk ke laman web pos malaysia (www.pos.com.my/ )
2) Then pergi ke link track & trace. 
3) Pilih la item tersebut dihantar melalui pos laju ke, pos express, etc. 
4) Masukkan tracking number (jue akan provide tracking number untuk setiap item yang di pos)