My dear customer,
Jue mintak maaf sangat lambat reply msg, email, wassup & tak pick up phone last weekend. Order terpaksa ditutup seminggu sebab kami sekeluarga pergi bercuti sempena cuti sekolah. Tapi kami pergi sebelum cuti sekolah start untuk mengelakkan jem & sesak2 di tempat awam. Kami pi dalam Malaysia je (Penang). Tempat study 8 tahun lepas (2005).
Penang memang best sebab makanan kat situ best2 belaka. Aritu sempat makan laksa & mee udang je. Char kuey teow, pasembor, nasi kandar memang tak sempat nak pi terjah sebab masa tak mengizinkan. Sempat naik feri & pi bukit bendera. Kami banyak abiskan masa kat hotel & layan swimming pool jela.
Sebelum bercuti, memang dapat banyak order & nak tak nak terpaksa tolak sebab memang jue nak pi holiday. Mulai arini order dah dibuka secara biasa ye.
Boleh contact jue at 019-2626160.
During ofis hour, jue prefer msg.
After ofis hour, you may call or wassup.
Fyi, untuk bulan RAMADHAN ni, jue memang akan tutup order sempena menghormati bulan barakah ni. Dalam setahun, biasanya jue akan rest sebulan. Bulan yang sesuai sekali ialah bulan puasa. Masa bulan puasa, aktiviti2 yg jue buat cam biasala balik masak utk buka. Malam spend time ngan anak2...
No comments:
Post a Comment