Order from Kak Ida. Yang ni untuk makan2 je.
Thursday, 23 June 2011
Bisnes kecil2an kini sudah didaftarkan di SSM...
Salam...
TQ to my sis yang sudah mendaftarkan perniagaan ini di SSM arini. Now, ada cawangan di Batu Pahat untuk produk chocolate yang dikendalikan oleh adik jue, Ella... Nama syarikat kami "MULTI BIZ FOOD ENTERPRISE". No pendaftaran perniagaan: jm0599438-t.
Adik jue ada jual gak kerepek siput pedas/ tak pedas. Nanti jue upload pic ye. Actually, bisnes kerepek ni dah lama dah buat since kami sekolah2 lagi. Jue memang tak reti buat. Kalau adik jue, Ella or Liza memang terror la.
Kami adik beradik memang dari dulu suka buat bisnes. Jue selalu dok belakang tabir je. Kalau adik2 memang suka enter frame la. Lagi2 bab jual2 ni. Mungkin sebab diaorang ni background bisnes. Semangat dia lain sikit compare ngan jue. kalau kat kampung dulu, pantang ada pesta ke or apa2 function, mesti diaorang join. Jual nasi ayam la... Pastu time cuti sekolah jual abc kat depan rumah la. Kat sekolah menengah jual kerepek siput. Sampai ada adik jue tu orang panggil julie siput.
Jue ingat lagi masa darjah 3, jue jual nasi lemak. Masa tu dok ngan atok nenek. Lame gak dok ngan atok n nenek since 5 tahun sampai form 1. Form 2 baru dok ngan mak ayah. Sekarang atok n nenek dah takde. Al-fatihah... Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Berbalik ngan cite mula2 terlibat ngan bisnes ni dari jual nasi lemak lagi. Setiap hari, mesti jue bawa nasi lemak/bihun dalam 30bungkus. Masa tu 30sen je. laku tu. Tak pernah tak abis kalau jual. maybe air tangan orang tua yang masak kot. Tu yg sedap tu. Tambah lak ngan dibungkus ngan daun pisang. Memang wangi...
Sekarang ni tinggal kenangan jela. Ilmu wat nasi lemak yg sedap tu pun tak sempat belajar. he3... setakat makan sendiri untuk family boleh la.
Jue harap perniagaan kecil2an ni akan jadi besar satu hari nanti. Banyak lagi plan yang bermain kat kepala ni... Bila da buat, jue publish la kat post ye..
Bye...
Sunday, 19 June 2011
Friday, 17 June 2011
3D Car for Daniel
Order dari opismate husband jue. Besday untuk anak dia, Daniel yang ke-3.
Tapi xsure la jadi ke tak evo ni. Anyway, Thanks for order.
* (This is standard design). Others design, additional charge will be applied.
Thursday, 16 June 2011
Tips Apam Polka Dot Jadi Cantik & Gebu....
Salam & Selamat pagi semua...
Pagi ni jue nak kongsi beberapa tips or rahsia tersembunyi supaya apam polka dot jadi cantik & gebu.
Tips ni jue dapat dari pengalaman bila dah banyak kali buat. Kadang2 ada gak apam jue yg tak menjadi, dari situla baru tau banyak rupanya pantang larang buat apam ni. Ni antaranya:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1) Kena pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. Masa kukus, gunakan api yang sederhana.
2) Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.
3) Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia.
4) Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. . Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag.
5) Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde.
6) Satu lagi, kukus setingkat2 tau. Waktu kukusan mesti jangan kurang 15 min (walaupun jumlah apam tu kecil). Nanti apam tak betul2 masak.
7) Bekas untuk menyokong apam (bekas lompang) tu kalau nak guna kali ke-2 , make sure kena sejukkan dulu. kalau guna masa bekas tu panas, apam jadi tak naik.
8) Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.
8) Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.
Tu je tips yang jue nak share arini. Semua tu hasil dari troubleshooting buat apam. Bukan kerja je ada troubleshooting, wat apam pun ada... Bila engineer dah jadi baker, camnila jadinya...
Saturday, 11 June 2011
3D Car Cake
2nd besday cake isyam
Tengah mlam tadi baru sampai kg, dalam pkl 3pg gak la. Sepanjang jalan tu rasa seram sejuk je. Rupa2nya demam menyerang lagi. Aritu baru je kena. Dalam pening2 kepala sempat gak deko kek isyam untuk malam ni. Kali ni nak celebrate ngan auntie2 yg de kat batu pahat lak. Bape banyak versi nak celebrate pun x tau da... Disebabkan badan tak berapa nak sedap, so buat yang paling ringkas jela. Kebetulan ada coklat kete husband belikn utk isyam pagi tadi. So, ibu mintak sikitla syam ye... nak letak atas kek.
Thursday, 9 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
Sunday, 5 June 2011
Kerja2 di hari minggu
Seperti biasala.... weekend adalah hari yang paling sibuk sekali sebab mase ni la aktiviti pembersihan rumah, aktiviti dobi, pergi pasar, pi bakery beli barg2 mentah dan macam2 lg la... Then,
time weekend ni jugak la nak masak best2 sikit untuk family & adik2. kalau hari biasa tu, masak simple2 je. kalau tak sempat masak pun beli je. Lagi senang. he3...
Sambil2 wat kerja rumah tu, siapkan order2 dari customer dan sempat lagi celebrate my little prince nye besday. kali ni nak update order dari my cousin, Yan (Apam 100pcs) dan Kak Aida (50pcs cupcake- 25 perasa vanilla & 25 perasa choc) & Apam 100pcs.
TQ All...
| From Yan |
Yang kat bawah ni order dari Kak Aida. Kalau perasan cup cake vanilla ni kosong. xde deco sebab Kak Aida da pesan kalau boleh tak nak langsung letak butercream sebab anak2 dia tak makan. So, memang kosong jela. Yang choc tu, jue letak choc fudge campur taburan almond sikit.
Saturday, 4 June 2011
besday isyam
Happy besday anak ibu yang ke-2... Ni kira kek last minute buat. sebelum maghrib baru nak bakar. Jue buat choc sponge cake. Then, buat buttercream sikit (topping) n choc fudge (utk layer cake campur strawberry filling). pas da sejuk kek tu, trus deko sampai pkl 9. Get ready pi mc d jap. Alang2 adik2 ada kat rumah. So, wat jela ape yg ada kat dpur tu. So, inila hasil kek isyam dari ibu. Ibu tak beli hadiah pape utk syam. Kek ni jela hadiah dari ibu utk syam.
.
.
.
.
.
.
.
.
Thursday, 2 June 2011
Wednesday, 1 June 2011
Colourful apam dynomite 500pcs
Order 500pcs dari someone in Gombak. Jue terlupa plak nak tanye siapa name tuan empunya apam ni. (Da tau dah nama tuan nya: WANI. TQ Wani
Colourful sungguh apam ni. Meriah... naik juling biji mata tengok kale dia. he3...
Saturday, 28 May 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)











































